ANZAC Day
Gallapoli Peninsular
91 tahun yang lalu
Gallipoli berhujan peluru,
260 hari darah membanjiri bumi.
Kerana setia pada raja,
keluarga sanggup ditinggalkan.
Kerana ingin mencari maruah,
nikmat dunia dicampak ke belakang.
Berbulan-bulan menempah maut,
ajal datang tak perlu digamit.
Kawan-kawan mati bergelimpangan,
mayat dibiarkan tak bernesan.
Pribumi kini tiada pewaris;
pemuda rebah di bumi asing.
Sampai bila nak jadi kerbau?
Menurut tanpa bersuara,
akibatnya kamu yang rasa
pabila ahli keluarga tak cukup semeja.
ANZAC Day, Wellington CBD
25 April 2006
No comments:
Post a Comment