Bulan Sastera dan Bahasa Negara 2007
Kawan berkongsi...
pagi ni tersentak apabila baca email daripada seorang sahabat... Ucapan tahniahnya tersimpan seribu makna...
Tahniah
Assalamualaikum
Hari ni wajar kita ucapkan tahniah kepada diri kita selaku melayu muslim malaysia kerana hari ini 3/9/08 adalah hari terakhir anak2 kita menduduki peperiksaan besar ie UPSR dalam bahasa melayu.
Peperiksaan- peperiksaan besar yang lain PMR dan SPM sememangnya sudah diadakan dalam bahasa Inggeris.
Ya, akan ada orang membuat hujah ini demi kemajuan.
Tetapi bangsa manayang maju hanya dengan mengubah perkara ini? France? Germany? Jepun?
Soalan yang patut kita fikir dan tanya mengapa seluruh parti politik cina, kumpulan pejuang pendidikan cina dan sekutu mereka berjaya memastikan anak2 mereka kekal mengambil peperiksaan peperiksaan ini dalam bahasa ibunda mereka.
Selamat tinggal Zaa'ba, Usman Awang,Keris Mas, Pak Sako, seluruh pejuang2 kebangsaan, selamat jalan kepada seluruh pemimpin2 yang berusaha mendaulatkan Bahasa Melayu suatu masa dahulu.
Suatu masa dahulu hingga melayu muslim berjaya melahirkan golongankelas menengah yang ramai seperti hari ini. Bahasa Jiwa Bangsa.
Yahudi berjaya hidupkan bahasa Hebrew kembali selepas membina negara.
Jepun teguh dengan bahasanya.
Begitu juga Perancis, Jerman dan seterusnya.
Bahasa Jiwa Bangsa. Sungguh ironi. Mungkin sememangnya bangsa inis udah mati akal dan jiwanya. Selamat Hari Kebangsaan.
----> Mungkin inilah alasan mengapa kita menjadikan bulan September tahun ini sebagai Bulan Sastera dan Bahasa Negara;mungkin untuk memperingati Bahasa Melayu yang lekang dek panas, lapuk dek hujan.
No comments:
Post a Comment