Friday, January 09, 2009

SESAK

I've been home for about 5 weeks now. One word to describe Malaysia : SESAK

Dalam rumah sesak,
penuh dengan barang disumbat-sumbat.

Di jalan raya sesak,
penuh dengan kereta yang suka berasak-asak.
Semua orang nak berkerata,
tapi sayang tak semua nak bertimbang rasa.

Di kaki lima sesak,
penuh dengan manusia yang suka menolak-nolak.
Orang Malaysia memang pelembut,
tapi suka sangat berebut-rebut.
Ajak orang buat reformasi,
tapi diri tak mahu toleransi.

Di warung kopi sesak,
penuh dengan asap yang keluar dari tekak.
Tak ada lagi segan silu,
biarpun yang buat itu gadis melayu.
Asap hitam aku sedut,
Lama-lama dadaku semput.

Dalam bangunan sesak,
Semua orang suka melepak.
Tak apa kalau mahu berehat,
ini tidak, kacau orang terpekik melalak.

Dalam sungai dan laut pun sesak,
ikan, ketam, siput pun tak dapat bergerak.
Sampah sarap penuh selerak,
Warna dari kopi susu terus jadi hitam macam si gagak.

I'm missing my previous life! Saya masih anak jati Malaysia. I do hope you are here for good, as you are one of those who are making my life more alive!

5 comments:

CikHeNs said...

hmm... re: ur final sentence.
i smell something fishy~~~~ or.. flowery? ^^

Anna Mariya said...

yeah yeaahhhhhh~~ floweryyy i thinkk!!!!

NuRaNi HaZa said...

hahahhahahha

strategi mengena!

if i hadnt done that, sure korg xbaca entri ni sampai habis...hahahhaha

so, ana n cikhens, it's neither fishy nor flowery..meow2

F said...

i do agree with u, *sigh* i wish i could write something to describe what i found but i'm lost for words =(

so i think we have to make a difference now.

Mommy Aisy said...

nice poem..

mmg kena dengan orang Malaysia.

aku juga anak jati Malaysia.

so, Malaysian..sayangi negara, bangsa dan agama kita.
tpi sebelum tu kenalah syg diri sendiri dlu. jgn biar asap hitam penuhi dada. ilmu penuh di dada xpe.

peacE!~