...
Teman : 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji;berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenarnya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak seorang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; bertemankan mempunyai (seseorang, sesuatu) sbg teman;menemani 1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawankan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya linangan air mata ~ duka.
Karib : 1. dekat (hubungan kekeluargaan); ~ (dan) baid dekat dan jauh (sanak saudara); ~ kerabat saudara-mara yg dekat; 2. rapat, erat (persahabatan dll): kawan ~ kawan yg rapat;berkarib bersanak saudara, bersahabat baik, erat (rapat) perhubungannya: ia ~ benar dgn Mak Guna yg bijak itu;
Peduli : menaruh minat atau perhatian terhadap sesuatu: Dia tidak ~ akan nasihat orang tuanya. mempedulikan memberikan perhatian terhadap; menghiraukan; mengendahkan: Setelah masuk ke lubang, penyu itu tidak ~ apa-apa lagi.
Care : ~ for, a. look after, menjaga: to be ~d for by relatives, dijaga oleh saudara-mara; b. feel affection for, sayang akan, menyayangi: do you really ~ for him?, adakah kamu benar-benar menyayanginya?; c. be interested in, mengambil berat: to ~ for their well-being, mengambil berat ttg kebajikan mereka; d. like,<.i> suka akan: I do not ~ for such talk, saya tdk suka akan percakapan spt itu; e. like to have, mahu: would you ~ for a piece of cake?, (kamu) mahu sepotong kek?;
1 comment:
apa bezanya antara..
KAWAN..
RAKAN..
dan SAHABAT..
Post a Comment