Friday, June 29, 2007

GKLN Event

Assalamualaikum.

BENGKEL PENULISAN MUSIM PANAS GRUP KARYAWAN MPR LUAR NEGARA 2007

Sukacita dimaklumkan sebuah bengkel penulisan akan diadakan pada6-8 Ogos 2007 dengan kerjasama Grup Karyawan Luar Negara, MPR, dan juga DBP. Bengkel ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar/ penulis yang sedang menuntut di luar negara (tidak kira di Universiti atau negara mana sekalipun).Bengkel 3 hari 2 malam ini akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur (atau sekitarnya) yang akan dipilih kemudian oleh pihak DBP. Semua kos penginapan, makan minum, dan bahan bengkel akan dibiayai oleh pihak DBP sepenuhnya. Tiada yuran dikenakan.

Seramai 20 orang peserta diperlukan, dan bengkel dijangka (dalam perancangan) dibimbing oleh Pn Zaharah Nawawi untuk cerpen, Pn Siti Salmiah Ismail untuk puisi, dan juga dirancang slot untuk Puan Nisah Haron (slot hak cipta dan etika penulisan) serta Sdr Faisal Tehrani (penulisan novel). Walaubagaimanapun tentatif tertakluk kepada perubahan dan aturcara lengkap akan disusun/dikendalika n oleh pihak DBP serta dimaklumkan kepada para peserta kemudian.Setiap peserta akan diminta menghantar satu cerpen atau sejumlah puisi untuk tujuan dibedah dan dibincangkan semasa bengkel. (Tarikh pengumpulan karya serta jumlah puisi yang diperlukan akan ditetapkan kemudian).

Oleh yang demikian, pihak DBP meminta senarai nama sekitar 20 orang peserta dari Grup Karyawan Luar Negara yang bakal menyertai bengkel penulisan ini supaya urusan tempahan dan urusan lain dapat dilaksanakan segera.

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI BENGKEL INI SILA SERAHKAN

1)NAMA PENUH
2)ALAMAT DI MALAYSIA
3)NO KP
4)NO TELEFON
5)EMEL
6)KARYA -CERPEN ATAU PUISI (bagi mereka yang telah ada)

kepada saya (saudara Fadh Razy) SECEPAT MUNGKIN:

AHMAD FADHLIL MOHAMAD PAKARUL-RAZY (FAHD RAZY)
mailto : fahd_razy@yahoo.co.uk
0390769363 / 0172687225

Tempat terhad. Keutamaan diberi kepada yang mendaftar awal.(harap dapat disebar-sebarkan)

No comments: