Reality check 2
JAYAKARTA
Tahukah kita pada Fatahillah?Pernah dengarkah kita Fadhillah Khan?Siapa dia?Atau siapa mereka?
Sehari lepas, kami menonton cerita lama sari seberang;Fatahillah.
Menceritakan tentang pembukaan Jakarta.
Mengisahkan tentang pahlawan Islam yang menuntut ilmu di Mesir, pulang ke negara seberang, memerintah kerajaan DAMAK.
Cerita yang berlatar belakangkan kisah benar pada kurun 1513, sewaktu Portugis 'melanggar' kepulauan Nusantara, merodok malang si Melaka, Acheh, Pasai dan segala macam kerajaan Islam yang sedang merangkak kegemilangan.
Kegoblokan kerajaan Pajajaran bersetuju untuk menjadi kawan Portugis telah memanggil kerajaan Maluku untuk ke kerajaan Damak supaya ditentangnya tentera rempah itu (konon rempah).
Pada saat orang rempah tengah bermaharajala, teguh nan perkasa, siapa yang mahu menentang mereka?Fadhillah Khan telah bersetuju untuk memimpin tentera Islam untuk perangi si gerilla rempah itu.
Since that night,I knew that the old Jakarta wasn't like the new Jakarta.The old Jayakarta has been built by Islam. The new Jakarta has abondoned Islam.Kacang yang lupakan kulit mungkin?
Ini baru di Jakarta.
Tempat sendiri?
Tepuk dada,tanya iman.
Esok genap setengah abad kita melaungkan kata "MERDEKA". Apa benar kita sudah merdeka?
No comments:
Post a Comment