Saturday, August 12, 2006

Antologi GKLN



BAKAL TERBIT!!! Antologi puisi pertama Grup Karyawan Luar Negara berjudul Al Andalus Menangis bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Menampilkan hampir 130 buah puisi daripada 20 orang penulis muda GKLN termasuklah:


1) Assyaffa (Dublin, Ireland)


2) Asyrafdini (Amman, Jordan)


3) Ainun Nazrin KZ (Dublin, Ireland)


4) Atikah Azit (Dublin, Ireland)


5) Bint Al-Huda Kamarudin (Dublin, Ireland)


6) Fahd Razy (Dublin, Ireland)


7) Fazleen Razali (KMB)


8) Fieza Nur (Dublin, Ireland)


9) Firrus Hayat (Cork, Ireland)


10) Hafez Iftiqar (Melbourne, Australia)


11) Ida Sakinah Muhammad (Southampton, UK)


12) Kausar Jiwa (Loughborough, UK)


13) Khadijah Khalilah Abdul Rashid (Morocco)


14) Khairiah Jaafar (Dublin, Ireland)


15) Mardhiah Masharuddin (Galway, Ireland)


16) Mohd Bakri Bakar (Dublin, Ireland)


17) Muharikah (Dundee, Scotland)


18) Nur Firdaus Mohd Rus (Moscow, Rusia)


19) Nurani Haza (Wellington, New Zealand)


20) Syarifah Salha Syed Ahmad (Al Azhar, Mesir)




Petikan sedikit dari Kata Pengantar:


Antologi sajak ini menghimpunkan sejumlah 129 sajak daripada 20 orang penulis yang berkisar tentang pengalaman kembara yang melewati detik-detik kegetiran, kedamaian, kesedihan, harapan dan cinta yang cukup unik sifatnya. Para penyajak dalam antologi ini dilihat sedaya mungkin cuba menyembunyikan rasa kerinduan terhadap tanah air di samping berusaha menyatakan sesuatu yang baharu setelah melalui pelbagai pengalaman yang indah atau menjengkelkan.

Idea menerbitkan antologi ini bertolak daripada Sayembara Puisi Berunsur Islam Ireland-UK 2005 yang akhirnya mengesankan hingga terasa amat rugi jika tidak diantologikan. Nah! Kini telah menjadi satu sejarah baharu apabila sekumpulan anak muda yang terkeluar daripada lingkungan persuratan Melayu memberanikan diri mengisi kekosongan itu. Fahd Razy di samping menjadi salah seorang moderator gerakan Grup Karyawan Luar Negara-Ireland (GKLN-Ireland) turut berusaha memperbaiki sajak-sajak rakannya dengan kekentalan yang tegar. Penulisan, dan bahasa, baginya merupakan satu anugerah seni yang amat mahal dan besar ertinya. Antologi ini, akhirnya berjaya dilahirkan setelah melalui proses kandungan yang panjang. -Shamsudin Othman-



Petikan sedikit dari Kata Penerbit:


Memang buku yang sedang anda pegang ini ialah sebuah
buku cetakan konvensional. Namun asal usul buku ini
ialah ribuan jam-orang yang telah dicurahkan di alam
siber oleh ahli-ahli GKLN melalui penerbitan karya
serta interaksi pada talian, sama ada secara masa
sebenar atau melalui papan-papan nota maya.

Antologi ini tidak mungkin wujud tanpa internet. GKLN
tidak akan ada tanpa internet. Bayangkan 20 orang
penulis yang berada di pelbagai lokasi yang jauh,
malah berlainan benua, mengembleng tenaga melahirkan
bahan untuk buku ini. Malah, kami percaya, ada antara
penyumbang karya dalam antologi ini yang tidak akan
menulis puisi tanpa peluang belajar dan berinteraksi
melalui internet dengan rakan-rakan yang berada di
lokasi fizikal yang jauh.

2 comments:

Anonymous said...

hehe..baru sampai kat sini..anyway,a late congrats for the publication..bangga gile bapat keluarkan buku..eh,antologi..ape2 pon, tahniah..nnti da beli buku tu tunjukla kat sy juge ye :D

Anonymous said...

silap taip. 'dapat'