Tuesday, January 13, 2009

Geleng kepala

Semalam duduk mengeteh dengan kawan di S******* (Ana,im sure u can guess this place =p)

Mata sungguh sakit melihat adik-adik yang baru kenal dunia melepak-lepak.

Kalau lepak je xpe.

Setiap seorang, rokok sebatang di tangan.

Tak kenal jantina,berkepul-kepul asap keluar.

Sekadar gambar hiasan

Friday, January 09, 2009

SESAK

I've been home for about 5 weeks now. One word to describe Malaysia : SESAK

Dalam rumah sesak,
penuh dengan barang disumbat-sumbat.

Di jalan raya sesak,
penuh dengan kereta yang suka berasak-asak.
Semua orang nak berkerata,
tapi sayang tak semua nak bertimbang rasa.

Di kaki lima sesak,
penuh dengan manusia yang suka menolak-nolak.
Orang Malaysia memang pelembut,
tapi suka sangat berebut-rebut.
Ajak orang buat reformasi,
tapi diri tak mahu toleransi.

Di warung kopi sesak,
penuh dengan asap yang keluar dari tekak.
Tak ada lagi segan silu,
biarpun yang buat itu gadis melayu.
Asap hitam aku sedut,
Lama-lama dadaku semput.

Dalam bangunan sesak,
Semua orang suka melepak.
Tak apa kalau mahu berehat,
ini tidak, kacau orang terpekik melalak.

Dalam sungai dan laut pun sesak,
ikan, ketam, siput pun tak dapat bergerak.
Sampah sarap penuh selerak,
Warna dari kopi susu terus jadi hitam macam si gagak.

I'm missing my previous life! Saya masih anak jati Malaysia. I do hope you are here for good, as you are one of those who are making my life more alive!