Friday, April 29, 2005

FrOm WeLLy...memang benar, jauh perjalanan, banyak pengalaman

TOLEH

Diri ini masih cari
Mana aku yang dulu
Mana aku yang lama
Dalam sedih mencari jawapan
Dalam kalut mencari balasan
Keputusan yang mengubah pendirian
Juga mengubah nilai diri

Dalam kebuk yang kelam
Dalam ruang yang sempit
Tiada satu pun bebayang aku
Mungkin kerana lampunya malap
Atau memang tiada cahaya langsung
Pantulan diri tiada kelihatan

Memang kawan cermin diri
Tapi mengapa kawan tak mencerminkan diri sendiri
Nampak diri macam sempurna
Sebab sahabat kita memang sehabis baik
Kurang cacat celanya

Tapi, bila renung balik dalam diri
Tak terkira kelemahan diri
Tak terbilang kekurangan jiwa
Rasa kosong menyelinap jiwa
Kenapa kini baru terasa?

Dulu, taklah sebegini
Sekarang, hilang sudah segala seri
Bila usia makin tinggi
Nafsu pulak mengawal diri
Akal kini kutolakkan ke tepi
Apa lagi iman di hati
Hingga hilang pertimbangan diri
Sampai habis caturan hidup untuk diperjudikan

Bangunlah diri
Insafi kesalahan
Tangisilah kekesalan
Aturkan langkah maju ke depan
Sesekala tolehlah ke belakang
Mungkin ada sesuatu yang berharga
Tercicir mungkin ketika sibuk ke depan
Berharga sungguh untuk zaman yang akan datang

Saturday, April 23, 2005

AfTeR A WhiLe ...

JAUH
Diri ini masih keliru
Apakah itu satu restu
Atau sesuatu yang kita kabur
Tak tahu apa erti rindu
Tak tahu apa erti kasih
Tak tahu apa erti setia

Jiwa ini masih gelap
Apakah itu satu tanda
Atau sesautu yang kita tertanya-tanya
Tak tahu apa erti sendiri
Tak tahu apa erti sunyi
Tak tahu apa erti sayu

Sahabat, diri ini masih gundar
Mengapa hati telah berubah
Jika setia masih ada
Jika rindu masih dirasa
Jika kasih masih bertaut
Biar sedampang gelora ujian
Biar meruntun hati dek gegak gempita
Ukhwah terbina tentu utuh bersatu

Kawan, hati ini masih resah
Mengapa jiwa telah beranjak
Jika sendiri satu solusi
Jika sunyi satu yang pasti
Jika sayu adalah abadi
Biar aku menjadi saksi
Sesuatu tragedi menghiasi memori

Terima kasih atas segalanya
Apa yang diberi dan yang diterima
Atas dasar persahabatan sejati
Ukhwah dirahmati Yang Maha Pemurah
Biar kita jauh
Biar kita berbeza
Namun, masih bernafas satu nada
Masih menuju matlamat yang ulung
Seperti pujangga bermadah
DEKAT TAPI JAUH….