Sunday, October 14, 2007

Cerita ceretera

Orang kata, cerita yang bagus akan jadi contoh.
Cerita yang tak bagus,dijadikan tauladan.
Tapi, kita tak rasa cerita yang tak bagus menjadi tauladan.
Orang kita suka meniru.
Yang tak baik dan yang baik, semua jadi contoh.
(okay, I'm talking crappy...)

Here are some of the good stories, highly recommended!

  1. Syukur 21
  2. Diari Ramadhan Rafique (especially 1st season)
  3. My wife and kids (this is hillarious; good for parenting education)

The list will be updated every now and then.

Thursday, October 04, 2007

Whakatane

Room 75,

Staff Accomodation
Whakatane Hospital
Bay of Plenty
New Zealand.

4th October 2007
7.40 pm

6.40 pm
5.40 pm

7.40 am

6.40 am
5.40 am
I like the 6.40 am one!

What is yours?

Saturday, September 29, 2007

Pre-Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Place: 12 Drummond St - 15 Ramadhan 1428



Wednesday, September 19, 2007

My heart~~~

LUBB DUBB


Sadness is beautiful,
Loneliness is tragical.
So help me!I can't win this war.
Touch me now don't bother.
If every second it makes me weaker.
You can save me from the man I've become.
Looking back on the things I've done.
I was trying to be someone.
Play my part.Kept you in the dark.
Now let me show the SHAPE OF MY HEART.

Really,what is the shape of your heart?What is the shape of my heart?Does the heart have a shape?How many heart shapes are there?

Can't help but to hear this song playing over and over again when Dr.Aitken lectured us on Heart problems in Paediatrics thus afternoon.My mind switched on it's radio when he mentioned "Kids with Tetralogy of Fallot (pronounced as fallo)will have boot-shaped heart.The apex sort of turn upward.I know it's hard to see a boot here, but you have to take my words for this".Then, this BSB old song keep on playing in my head until now.

I still remember last year,when we had a session with Dr.O'meghan from Hutt Hospital, he asked what a heart is?All boys (I mean it,not exagerating) and minority of XX answered "heart is a muscular structure,pumping blood to the whole body,supplying oxygen, blablabla...". And, not surprise, majority of the girls answered heart as an organ that tells you the feelings.

Anyway, this entry is about SHAPE of the heart.Nothing else.Iskiskisk, we can talk about this tiny little organ forever.MasyaAllah~~~ (ia kecil, ia gagah!).


Apa lagi bentuk yang ada untuk si hati (atau si jantung?)

Egg-shaped heart is for Transposition of the great arteries.
Real egg heart =)

Snowman heart is for Total anomalous Pulmonary venous return.

Ok, lepas ini,pakat ramai-ramai tengok chest x-ray dekat cardiology department or paediatric ward, look for these shapes of heart,aye!

Study time!

Friday, September 14, 2007

Ramadhan 1


Blues pula tiba-tiba.First day of Ramadhan 1428H here in Wellington.

My 4th year of fasting in Aetearoa. Winter-Spring mood.

Dont know how to describe my feeling right now.A cocktail perhaps.

Excited with this Ramadhan;iftar,sahur,terawikh,etc.

Plus, kita bangga dengan kawan2.Since Ramadhan started, I've received many wishes.

Kebanyakannya,bahasa berbunga2.Tak kisahlah English atau BM,tapi semuanya indah bahasa.

----------------------
Sentiasa setting niat,
Upgrade iman,
Download sabar,
Upload usaha,
Delete dosa,
Update doa,
Top-up ilmu.
Dapatlah redeem pahala banyak2!
------------------------------------------------
May Allah protect you from all harm,
brighten your heart with the Nur of iman,
bless you with the vision of ihsaan,
and elevate you with the greatness of Ramadhan.
---------------------------------------------------------------
And last but not least, from Kakok/Afida.I think she made this herself!Talented!

Tiada syair seindah zikir,
tiada kata seindah Al-Quran,
tiada bulan seindah Ramadhan.
Walau mata tak bertatap,
tangan tak berjabat,
namun hati saling bermaafan.
-------------------------------------


Esok OSCE.

Cuak.

Anxious.

I know I should't be doing this at this second.

Procrastinating.



Rindu nak bersahur dengan mak abah adik2.

Rindu nak pergi pasar malam.

Rindu nak berterawikh dekat Surau Ubudiah.

Sad.

I'm feeling sad.

Why should I feel sad?

I dont know why I feel sad.

Oh,wait!

I know why.

But I couldnt tell.

That's sad.
-------------------------------------------------------

Enough!Balik ke meja study!Esok kita berOSCE =p

Selamat berpuasa,everybody! =]






Tuesday, September 11, 2007

Ramadhan


Sunday, September 09, 2007

KITA


MELAYU- Dato' Dr. Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.


Malangnya
Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual.


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.


Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Jika pun tidak lagi berparut.


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran.


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
----------------------------------------------
Ihsan: Muhammad Aznel

Friday, September 07, 2007

Understanding Islam



TOO LATE FOR TEARS


Death knocked on
a bedroom door.

"Who is there?"
the sleeping one cried.


"I'm Angel Izrael,let me in."


At once, the man began to shiver
as one sweating in deadly fever.


"Don't take away my life.

Please go away.


O Angel of Death,
I'm not ready yet.


My family, on me depend,
give me chance
to go back and mend."


The Angle knocked again.


"O man,
it's your soul that I require,
I come not with my own desire."


Bewildered,the man began to cry.


"O Angel, I'm so afraid to die,
let me remain here as your slave,
don't send me to the grave."


"Let me in,O man,"the Angel said.


"Open the door,
get up from your bed,
you can't stop me from coming in,
Angels can go through objects,
thick and thin."


The man held a gun in his right hand,
ready to defy the Angel's stand.


"I'll point my gun towards your head
You dare come in-I'll shoot you dead."


By now, the Angel was in the room,
saying,"O man-prepare for your doom,
foolish man-Angels never die,
put down your gun and do not sigh.


Why are you afraid-tell me O man-
to die according to Allah's plan?"


"O Angel, I bow my head in shame,
I had no time to remember Allah's name.


From dawn till dusk, I made my wealth,
not even caring for my spiritual health.


Allah's commands I never obeyed,
nor five times a day I ever prayed.


A Ramadhan came
and a Ramadhan went,
but no time had I to repent.


The Hajj was already obligatory upon me,
but I would not part with my money.


All charities I did ignore,
taking usury more and more.



Sometimes I sipped my favourite wine,
with flirting women I sat to dine.


O Angel I appeal to you,
spare my life for a year or two.


The laws of The Quran, I will obey,
I'll begin Salat - this very day.



My Fast and Hajj, I will complete,
and keep away from self-conceit.


I will refrain from usury
and give all my wealth to charity.


Wine and unlawful women,
I will detest,
Allah's oneness I will attest."


"We Angels do what Allah demands,
we cannot go againsts His commands.


Death is ordained for everyone -
father,mother,daughter and son.


I'm afraid, this moment is your last,
now be reminded of your past.


I do understand your fears
but it is now too late for tears.


You lived in this world,
two score or more.


Your parents you did not obey,
hungry beggars, you turned away.


Your two ill-mannered, female offspring,
in nightclubs, for livelihood they sing.


Instead of making more Muslims,
you made your children non-Muslims.


You ignored the Athan (call to prayer)
nor did you recite The Holy Quran.


Breaking promises all your life,
backbiting friends and causing strife.


From hoarded goods,
great profits you made,
and your poor workers -
you underpaid.

Horses and cards were your leisure,
money-making was your pleasure.


You ate and ate
and grew more fat,
with the very sick, you never sat.


A little donation, you never gave
that could a little baby save.


You thought
you're clever and strong,
but O man,
you've done enough wrong.

Paradise for you?I cannot tell,
the disbeliever will dwell in hell.

There is no time for you to repent,
I'll take your soul for which I am sent."

--------------------------------------------
Adapted by Dr Y Mansoor Marican from "Operaton Death" by G.H.E Vanker



Monday, September 03, 2007

Bulan Sastera dan Bahasa Negara 2007


Kawan berkongsi...

pagi ni tersentak apabila baca email daripada seorang sahabat... Ucapan tahniahnya tersimpan seribu makna...

terima kasih: norfahmi_ab@yahoo.co.uk dan Mohd Hassan
Tahniah
Assalamualaikum

Hari ni wajar kita ucapkan tahniah kepada diri kita selaku melayu muslim malaysia kerana hari ini 3/9/08 adalah hari terakhir anak2 kita menduduki peperiksaan besar ie UPSR dalam bahasa melayu.

Peperiksaan- peperiksaan besar yang lain PMR dan SPM sememangnya sudah diadakan dalam bahasa Inggeris.

Ya, akan ada orang membuat hujah ini demi kemajuan.

Tetapi bangsa manayang maju hanya dengan mengubah perkara ini? France? Germany? Jepun?

Soalan yang patut kita fikir dan tanya mengapa seluruh parti politik cina, kumpulan pejuang pendidikan cina dan sekutu mereka berjaya memastikan anak2 mereka kekal mengambil peperiksaan peperiksaan ini dalam bahasa ibunda mereka.

Selamat tinggal Bahasa Melayu.


Selamat tinggal Zaa'ba, Usman Awang,Keris Mas, Pak Sako, seluruh pejuang2 kebangsaan, selamat jalan kepada seluruh pemimpin2 yang berusaha mendaulatkan Bahasa Melayu suatu masa dahulu.

Suatu masa dahulu hingga melayu muslim berjaya melahirkan golongankelas menengah yang ramai seperti hari ini. Bahasa Jiwa Bangsa.

Yahudi berjaya hidupkan bahasa Hebrew kembali selepas membina negara.

Jepun teguh dengan bahasanya.
Begitu juga Perancis, Jerman dan seterusnya.

Bahasa Jiwa Bangsa. Sungguh ironi. Mungkin sememangnya bangsa inis udah mati akal dan jiwanya. Selamat Hari Kebangsaan.
----> Mungkin inilah alasan mengapa kita menjadikan bulan September tahun ini sebagai Bulan Sastera dan Bahasa Negara;mungkin untuk memperingati Bahasa Melayu yang lekang dek panas, lapuk dek hujan.

Sunday, September 02, 2007

Itu?Ini?



Life is full of choices and life is also about making a decision.

Makin dewasa kita dalam hayat ini, makin banyak pilihan kita ada.Makin variasi pilihan,makin sulit untuk memilih.

We will scream that the world is cruel if we had no choices. The world is still cruel even if we had zillion of choices because we know, there's only one the best among them all.

Pilihan itu berkadar terus dengan tanggungjawab.Tanggungjawab pula berkadar terus dengan kedewasaan.Setuju?

These few weeks, the people from med school have been attacking us (the 5th year students )with lots of papers.Papers that need us to choose only one best choice among them all and need to be returned to them ASAP.Those forms are for our placements for next year: O&G, Surgical team, General Med, Paeds, GP and Psych.

Really, is this the time we should make up our mind about next year's things?I don't think so.I suppose,they want to sort things earlier before 2008 begins. But, this is not the right time to do all these things. We need to study for exams, OSCE,MCQs and end of run exams,etc. Don't add more burden .huhuhu...Have some mercy, will u?

I know I shouldn't been complaining about this. But, how am I suppose to know which place I should go to?Which one is the best for me?

Oh ALLAH, lend me YOUR strength.


Placement for O&G:
-Wellington
-Palmerston North
-Hawkes Bay
-Taranaki


Placement for Paeds:
-Wellington
-Hutt
-Palmerston North


Placement for General Med:
-Wellington
-Palmerston North
-Masterton

Placement for Psych:
-It's abt 6 of them, cant border to list them out =p


Surgery:
-General surgery
-Ortho surgery

It may seem simple, just circle any one of those of each module.Seriously,I need to consider some stuff too.Accomodation, transport, food, logistic,company,and all things that I prefer not to list them here =)

~~~H.E.L.P~~~

Saturday, September 01, 2007

ISLAM



ALHAMDULILLAH

Ya Rabb

Pintaku jangan kau campakkan usahaku,jatuh kembali dari pengangkatan ke langit.


Ya Illahi

Terimalah perjuanganku ini.Jika tak sempurna lagi,hantarkanlah utusan pembetulan penyuluh silapku.


Ya 'Aziz

Kau yang berhak ke atas hidupku,maka jadikanlah ia yang terbaik.Janganlah kau palingkan hati ini lagi.


Ya Allah

Letakkanlah hati ini di atas jalanMU,alurkan jiwa ini terus ke sungai kehambaan kepadaMU.


Ya Rahim

Sekali lagi rayuku,janganlah kau sia-siakan kehidupan ku ini.

KepadaMu lah aku kembali.


Amin ya rabbal 'alamin

Friday, August 31, 2007

Letter for us




Merdeka anniversary: Bridge that racial divide

AS Malaysia celebrates its 50th Merdeka anniversary, it is indeed an opportune time for all to reinforce their love for the nation.

Allow me to stress once again that the fundamentals that have brought us together are the very principles contained in Rukun Negara and the Constitution. Rukun Negara was formulated in 1970 and set out to achieve consensus with regard to national aspirations among the races.

Rukun Negara, through its five tenets — belief in God, loyalty to king and country, upholding the Constitution, rule of law, and good social behaviour and morality — have formed the principles of our nationhood and these should be impressed on our younger generation.It is our guide for nation-building and should be respected by all. It is a shared vision for national unity.

Its principles should always be upheld and practised for we must never take for granted our stability, peace and harmony.On the contrary, efforts must be made to make sure that ethnic integration and religious harmony are maintained as they are the foundations for peace and unity in our multiracial nation.

Let us not allow extremism and violence to divide the nation. Whether Malaysia will succeed as a multi-racial nation depends on whether our young ones are prepared to accept each other as Malaysians with a common destiny. Young people must be unconscious of the fact that the person sitting next to him is of another race and religion. They must be aware of only one thing, that he is their friend.

With each passing day, I am more convinced that Malaysians must break down the racial divide, reach out and make friends with those from other communities. Youth of different races must strengthen racial integration. Schools are the ideal place to promote racial integration. Teachers and parents must help out in this process. Parents must encourage their children to mix with others of different races so that they can better understand one another’s religion, culture and way of life.

Conscious and sustained efforts must be made to break the racial divide among students of diverse races to overcome racial polarisation.In this connection, the introduction of National Service is one way of dealing with polarisation.Parents should encourage their children to take part in the programme as it instils discipline, patriotism, goodwill and unity in young people.

Today’s students are our future leaders. Upon their shoulders lie the responsibility of building a united nation.

Malaysiaku Gemilang



Terpanggil untuk mengulas petikan dari saudara Brian Yap,penulis bagi kolum di NSTP. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Columns/20070829074506/Article/index_html

The article called " We can decide what being Malaysian means". Menarik?Menarik...

"I DIDN’T choose to be Malaysian. And, I suspect, neither did almost all of you. Unless I was singled out, I don’t think any of us were given a say in certain matters: Our place of birth, ethnic background, or our parent."

Itu pembuka kata beliau. Logik?Logik...

Tak perlulah mengulas satu persatu artikel Mr. Yap. Apa yang pentingnya di sini, Mr. Yap mengajak kita untuk memilih apa erti menjadi seorang warganegara Malaysia.Bagus?Bagus...

Rakyat Malaysiakah kita kalau kita melaungkan "Merdeka"? Atau rakyat asingkah kita kalau kita tak melaungkan kata "keramat" itu?

Warganegara Malaysiakah kita kalau kita lancar berbahasa Malaysia?Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu?Jadi, orang Brunei dan orang Indonesia berbahasa apa?Bukan bahasa Melayu? Jadinya,tak adillah kalau kita mengambil hak milik Bahasa Melayu khas hanya untuk Malaysia.

Durian?Orang Thailand pun menanam durian.Kalau abah kita nak beli durian pun, kita memilih durian Siam dari durian Pahang.Jadi, durian pun bukan hak milik khas Malaysia.

Being overseas, makes me think more deeply about the being a Malaysian. When people here ask "What is Malaysia like?",I can't fluently answer that question. Tough.

Adakah saya tak cukup ke"Malaysia"an lagi?Tak cukup patriotikkah saya?Tak kenal lagikah saya dengan tanah tumpah darah sendiri?

Semalam berchatting dengan seorang rakan. "Tak keluar celebrate merdeka day ke?"

Macam mana nak menyambut hari kemerdekaan,ya?

Apa tujuan kita menyambut merdeka?Kita bangga menjadi rakyat yang merdeka? Kalau usia kita lebih 50 tahun, layaklah mungkin nak membangga.Tapi kalau kita seusia jagung, apa kontribusi kita kepada kemerdekaan?

After 50 years, maybe it's time for us to rethink about our motherland. Rethink and do something about it.

APA MAKSUD KITA SEBAGAI SEORANG RAKYAT MALAYSIA?

Soalan bonus: Ingat lagi Rukun Negara yang 5?

Thursday, August 30, 2007

Reality Check 3




Saya tak menentang merdeka.

Saya bukan tak mengenang budi.

Saya adalah anak Malaysia.

Truly, I'm proud to be one!


::SALAM MERDEKA::

Reality check 2



JAYAKARTA


Tahukah kita pada Fatahillah?Pernah dengarkah kita Fadhillah Khan?Siapa dia?Atau siapa mereka?

Sehari lepas, kami menonton cerita lama sari seberang;Fatahillah.

Menceritakan tentang pembukaan Jakarta.

Mengisahkan tentang pahlawan Islam yang menuntut ilmu di Mesir, pulang ke negara seberang, memerintah kerajaan DAMAK.

Cerita yang berlatar belakangkan kisah benar pada kurun 1513, sewaktu Portugis 'melanggar' kepulauan Nusantara, merodok malang si Melaka, Acheh, Pasai dan segala macam kerajaan Islam yang sedang merangkak kegemilangan.

Kegoblokan kerajaan Pajajaran bersetuju untuk menjadi kawan Portugis telah memanggil kerajaan Maluku untuk ke kerajaan Damak supaya ditentangnya tentera rempah itu (konon rempah).

Pada saat orang rempah tengah bermaharajala, teguh nan perkasa, siapa yang mahu menentang mereka?Fadhillah Khan telah bersetuju untuk memimpin tentera Islam untuk perangi si gerilla rempah itu.

Since that night,I knew that the old Jakarta wasn't like the new Jakarta.The old Jayakarta has been built by Islam. The new Jakarta has abondoned Islam.Kacang yang lupakan kulit mungkin?

Ini baru di Jakarta.
Tempat sendiri?

Tepuk dada,tanya iman.


Esok genap setengah abad kita melaungkan kata "MERDEKA". Apa benar kita sudah merdeka?

Wednesday, August 29, 2007

Reality check


Program Musim Bunga 2007

APA ITU UKHWAH?
Cuti kali ni, Wani membawa anak buah usrahnya bercamping bersama-sama di Drummond St. Masuk kali ni, dah 3 kali kami berkumpul beramai-ramai.But, for each time, we have to start the ta'ruf agian and again. Those names are really hard to be remembered.I bet they never memorize our names either. Kenapa macam tu eh?

Alasan pertama: sebab jarang jumpa.
Alasan kedua: byk lgi benda nak diingat selain nama meraka.
Alasan ketiga: tiada kepentingan untuk dihafal (kejam betul alasan~~~)
Alasan keempat: no reason =) (jujur sungguh~~~)

Jadi, setelah berkali-kali berta'ruf, kali ini, mereka bercamping di rumah kami. Kami ada masa 3hari 2malam untuk mengenal hati budi masing-masing.Alhamdulillah,after the final session, we managed to not confuse ourselves with their names again. Harap-harapnya, kalau jumpa lain kali, tak dalah tersasul nama lagi =)

APA ITU RISALAH?
Bukan senang nak jadi khalifah di muka bumi Allah ni. Tak susah nak tersasar dari jalan yang lurus. Ukhwah dah terbina, tinggal lagi arah dan tujuan kena fokuskan. We know that we are here to study, to get our degree.But that is not the only reason why we are here. IJAZAH DAN RISALAH. Dua benda yang berbeza,tapi saling bersangkut paut. Dua-dua ada kepayahan masing-masing.Dua-dua ada kemanisan masing-masing.

APA ITU JIHAD?
[Jihad?What a big word~~~
Jihad? Shuh, that is sensitive issue~~~]

Fahamkah kita dengan jihad?

Rasulullah bersabda:"Sesiapa yang meninggal dunia tanpa berjihad atau berniat untuk berjihad,sesungguhnya dia mati dalam jahiliyyah"-Hadith Sahih

Saturday, August 04, 2007

~Long due~

HUJAN


Menggeletar dalam bilik.
Terasa bukan macam selalu.
Buka jendela...hujan di luar.



Senyap sungguh hujan turun.
Tak macam di sana, guruh petir pembuka kata.
Sini tak tahu hujung pangkal, sedar-sedar bumi dah basah.
Patutlah suhu menjunam.

Selesai isya',langit masih menangis.
Sebak pula rasa di hati.
Sudah lama hati kering.

Bersurai jemaah, fikiran melayang.
Sambil menatap cermin yang basah.
Lama betul tak amati penghujanan.
Selama jiwa ini tidak hayati penusabahan.

Bila dah sedar,aturlah langkah.
Cepat-cepat menyusun azam.
Malam ini kita bermula semula.
Dari sifar merangkak ke menara.

Friday, July 06, 2007

Perjuangan Yang Belum Selesai

Perjuangan Yang Belum Selesai




Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku

Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

( bridge )
"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti

Usahalah, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku

Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

( ending )
"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"

~NoRa~

Saturday, June 30, 2007

Echopraxia




LATAH


Melatahlah kamu,
kalau itu bisa membuat kamu tahu,
yang jalan itu bukan yang satu,
membawa kamu terus ke situ.

Melatahlah kamu,
kalau itu yang perlu,
buat sedarkan hati yang membatu,
sebelum tubuh terbujur kaku.

Biar melatah sekarang,
jangan menangis di belakang.
Jika masih ada ruang,
bertatihlah lekas agar tak terus kecundang.

Melatahlah, jangan selalu melatah.
Takut nanti tersilap langkah,
akhir nanti kau akan rebah,
tak bangun-bangun terus kalah.

Friday, June 29, 2007

GKLN Event

Assalamualaikum.

BENGKEL PENULISAN MUSIM PANAS GRUP KARYAWAN MPR LUAR NEGARA 2007

Sukacita dimaklumkan sebuah bengkel penulisan akan diadakan pada6-8 Ogos 2007 dengan kerjasama Grup Karyawan Luar Negara, MPR, dan juga DBP. Bengkel ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar/ penulis yang sedang menuntut di luar negara (tidak kira di Universiti atau negara mana sekalipun).Bengkel 3 hari 2 malam ini akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur (atau sekitarnya) yang akan dipilih kemudian oleh pihak DBP. Semua kos penginapan, makan minum, dan bahan bengkel akan dibiayai oleh pihak DBP sepenuhnya. Tiada yuran dikenakan.

Seramai 20 orang peserta diperlukan, dan bengkel dijangka (dalam perancangan) dibimbing oleh Pn Zaharah Nawawi untuk cerpen, Pn Siti Salmiah Ismail untuk puisi, dan juga dirancang slot untuk Puan Nisah Haron (slot hak cipta dan etika penulisan) serta Sdr Faisal Tehrani (penulisan novel). Walaubagaimanapun tentatif tertakluk kepada perubahan dan aturcara lengkap akan disusun/dikendalika n oleh pihak DBP serta dimaklumkan kepada para peserta kemudian.Setiap peserta akan diminta menghantar satu cerpen atau sejumlah puisi untuk tujuan dibedah dan dibincangkan semasa bengkel. (Tarikh pengumpulan karya serta jumlah puisi yang diperlukan akan ditetapkan kemudian).

Oleh yang demikian, pihak DBP meminta senarai nama sekitar 20 orang peserta dari Grup Karyawan Luar Negara yang bakal menyertai bengkel penulisan ini supaya urusan tempahan dan urusan lain dapat dilaksanakan segera.

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI BENGKEL INI SILA SERAHKAN

1)NAMA PENUH
2)ALAMAT DI MALAYSIA
3)NO KP
4)NO TELEFON
5)EMEL
6)KARYA -CERPEN ATAU PUISI (bagi mereka yang telah ada)

kepada saya (saudara Fadh Razy) SECEPAT MUNGKIN:

AHMAD FADHLIL MOHAMAD PAKARUL-RAZY (FAHD RAZY)
mailto : fahd_razy@yahoo.co.uk
0390769363 / 0172687225

Tempat terhad. Keutamaan diberi kepada yang mendaftar awal.(harap dapat disebar-sebarkan)